Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan IMPLANON.
Apakah Implanon?
Implanon adalah salah satu kaedah bagi merancang keluarga dimana kadar efektifnya melebihi 99%.
Ia merupakan rod yang kecil dan mempunyai hormon dan mempunyai tempoh keberkesanan sehingga 3 tahun.
Tidak perlu makan ubat setiap hari atau datang ke Klinik setiap 3 bulan untuk suntikan
Antara KELEBIHAN Implanon adalah?
Selain daripada mencegah berlakunya kehamilan, implanon juga boleh mengurangkan jerawat dan masalah senggugut.
Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan bayi tidak perlu risau kerana implanon tidak menjejaskan pengeluaran susu dan boleh dipasang sejurus selepas melahirkan anak atau yang masih menyusukan bayi.
Bagaimana?
Pemasangan implanon dipasang di bahagian lengan dan dibawah lapisan kulit. Pemasangan ini juga tidak sakit dan cepat.
Di Klinik Dr Alyna, pemasangan implanon hanya dilakukan oleh doktor wanita.